Connect with us

Oh! Media

Rogol Remaja Bawah Umur, Pelajar Kolej Diburu Polis

pelajar kolej

Trending

Rogol Remaja Bawah Umur, Pelajar Kolej Diburu Polis

Kejadian di Beseri, Padang Besar, seorang pelajar kolej diburu polis kerana disyaki merogol remaja perempuan bawah umur.

ADVERTISEMENT

BACA: Kenal Di Aplikasi Cari Jodoh, Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Dirogol

Menerusi laporan Harian Metro, pada Oktober tahun lepas, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun telah mengandung dan melahirkan anak di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar semalam.

Anak luar nikah

Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak Di Sabah meningkat

Maklumat berkaitan seorang pelajar sekolah melahirkan anak luar nikah itu diterima oleh pihak Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah pada jam 8.45 pagi daripada Pegawai Perubatan HTF.

Susulan daripada laporan itu, polis kemudian ke HTF untuk bertemu dengan remaja berkenaan dan merakamkan percakapan mangsa mengenai kejadian itu sebelum dia menyatakan dia selamat melahirkan bayi pada Sabtu lalu.

Hasil siasatan lanjut berkaitan kes ini, mangsa mendakwa diperkosa teman lelakinya berusia 25 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej swasta di Shah Alam, Selangor di sebuah bilik di Padang Besar pada Oktober tahun lalu.

Suspek didakwa memperkosa mangsa di dalam sebuah bilik di Pandang Besar, tahun lepas. Mangsa telah membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta dan mendapati dirinya sudah hamil tujuh minggu.

Namun, mangsa tidak beritahu keluarga atau kenalan rapat mengenai hal ini sehinggalah bayi dilahirkan.

Pihak polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dilakukan secepat yang mungkin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas