Connect with us

Oh! Media

RM20,168.60 Lesap, Doktor Terciduk Dengan ‘Datuk Ridzuan’

Macau Scam

Trending

RM20,168.60 Lesap, Doktor Terciduk Dengan ‘Datuk Ridzuan’

Ingatkan dah tak berlaku lagi kes orang kena tipu dengan Macau Scam, rupanya ada juga yang ‘terciduk’. Terbaru, seorang doktor klinik swasta kerugian RM20,168.60 kerana terpedaya dengan sindiket tersebut.

Ceritanya, mangsa dapat call dari ‘Datuk Ridzuan’, kononnya pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kelantan. Katanya, mangsa ada tunggakan cukai perniagaan selama 18 bulan.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A Anbalagan, mangsa turut dikatakan ada terlibat dalam kes penyeludupan dadah serta pengubahan wang haram.

IKLAN

“Pengadu telah diperdaya oleh sindiket terbabit selepas menerima lebih 12 mesej Kod Pengesahan Transaksi (TAC) daripada bank yang perlu dihantar semula untuk tujuan tersebut. Semalam, pengadu ke sebuah Bank di Pantai Jerejak untuk menyemak penyata akaun dan mendapati wang simpanannya sebanyak RM20,168.60 telah tiada.” – katanya.

Haih, sudah-sudah la tu nak tipu dan ambil duit orang. Ohmedia tak faham apa perasaan manusia yang boleh hidup bahagia dengan duit haram. Apapun, semoga Datuk Ridzuan dapat ditangkap dan diberikan hukuman yang setimpal.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas