Connect with us

Oh! Media

Rita Rudaini Tempelek Golongan Lelaki Ini Undang Perhatian Ramai!

Copy of Untitled Design   1

Trending

Rita Rudaini Tempelek Golongan Lelaki Ini Undang Perhatian Ramai!

Pelakon sensasi, Rita Rudaini lantang bersuara mengenai golongan bapa yang gagal melunaskan nafkah anak-anak selepas bercerai.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Rita berkongsi keratan berita mengenai seorang individu yang dijatuhi hukuman penjara kerana enggan membayar nafkah.

Rita Rudaini tegur lelaki yang abaikan tanggungjawab

Rita Rudaini

Menurutnya, lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab ini tidak seharusnya dibenarkan berkahwin lagi, memandangkan mereka sendiri culas dengan tanggungjawab lama.

IKLAN

Dah lama dah, dan berapa ramai yang tanggung benda-benda macam ni. Benda wajib ikut arahan mahkamah pun jantan-jantan ni culas.

Patut jantan-jantan macam ni tak boleh kahwin lain kalau tanggungjawab lama dia tak boleh tunaikan.

Wanita dan anak jadi mangsa!

Rita Rudaini

Pelakon filem Mami Jarum itu turut menegaskan bahawa wanita dan anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsa dalam isu ini.

Tapi tu laa, mereka ni dibiarkan, dan kesilapan berulang-ulang. Yang jadi mangsa adalah WANITA!

Malah, Rita turut menyuarakan cadangan agar pihak berwajib mengambil tindakan lebih tegas terhadap lelaki yang culas menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

Sis rasa kena buat kerjasama dengan bahagian pembangunan wanita untuk melindungi wanita dari jantan-jantan dayus macam ni.

#ApaKataOhmedia

Isu nafkah anak bukan perkara remeh dan perlu dipandang serius. Bapa yang bertanggungjawab bukan hanya memberi nafkah ketika dalam perkahwinan, tetapi juga selepas bercerai. Jangan abaikan hak anak-anak!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Rita Rudaini


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas