Connect with us

Oh! Media

Rita Rudaini Tegur Imran Bard, Cara Minta Maaf Kurang Beradab!

Copy of Untitled Design   2

Trending

Rita Rudaini Tegur Imran Bard, Cara Minta Maaf Kurang Beradab!

Pelakon terkenal, Rita Rudaini tampil menegur pempengaruh Imran Bard yang didakwa menjejaskan reputasi pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menerusi dua video parodi.

Menerusi Instagram Story, Rita menegaskan bahawa Ellie sudah lama mencipta nama dalam industri hiburan dan tidak memerlukan publisiti murahan.

Ellie tak perlu influencer untuk naikkan nama dia, nama dia dalam industri seni sangat besar. Zaman kami semua naik dulu belum ada lagi media sosial.

Rita Rudaini tegur Imran Bard

138ea527 2376 4728 9880 4d419fb88218

Dalam masa yang sama, pelakon filem Mami Jarum itu turut menegur cara permohonan maaf Imran yang dianggap tidak beradab.

IKLAN

Kaya macam mana pun kita, belajar tinggi macam mana pun, kalau adab tak ada tak payah rasa diri tu hebat.

Rita juga menegaskan bahawa cara Imran bercakap dengan Ellie tidak sopan, lebih-lebih lagi apabila memanggilnya “mak cik” dalam video yang dimuat naik.

Dia bukan mak cik hang, lebih sopan kalau panggil dia puan. Cara minta maaf pun tak ada adab.

Ellie tuntut ibu bapa Imran Bard minta maaf

Elly Suriaty

Sebelum ini, Ellie Suriaty telah mengadakan satu sidang media khas bagi meluahkan rasa kurang senang terhadap kandungan yang dihasilkan Imran Bard.

Ellie menyifatkan video tersebut sebagai satu bentuk penghinaan terhadap reputasinya yang dibina selama lebih tiga dekad dalam industri seni.

Malah, Ellie turut menuntut agar ibu bapa Imran bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan anak mereka.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia hiburan, adab dan hormat tetap menjadi keutamaan. Berhati-hatilah dalam berkarya agar tidak menyinggung perasaan orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam industri.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Story


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas