Connect with us

Oh! Media

Rimas Dengan Tangisan Bayi, Seorang Lelaki Goncang Anak Saudara Hingga Mati

tangisan bayi

Trending

Rimas Dengan Tangisan Bayi, Seorang Lelaki Goncang Anak Saudara Hingga Mati

Demi menyaksikan perlawanan bola sepak dengan tenang, seorang lelaki sanggup menggoncang anak saudaranya dengan kuat kerana mahu menghentikan tangisan bayi tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Pilu, Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Dijumpai Dalam Tong Sampah

Kejadian di Kota London, seorang lelaki bernama James Scott, telah dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana telah menyebabkan anak saudaranya yang berusia tiga bulan meninggal dunia.

Mangsa mungkin dicederakan oleh salah seorang adik beradiknya

tangisan bayi
Scott dan anak saudaranya (Foto: Kosmo)

Bayi yang bernama Arlo itu telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalam kepalanya akibat dari goncangan pada 29 Julai 2018.

Menerusi laporan Kosmo, Arlo kelihatan sangat lemah dan lembik selepas tertuduh menggoncang badannya untuk mendiamkan tangisan supaya tertuduh boleh menonton siaran bola sepak di televisyen.

Bayi tersebut berada di rumah bersama tertuduh sewaktu kakak tertuduh, Sarah Breslin keluar menghantar anaknya yang lain ke sekolah sementara suaminya keluar bekerja.

Tertuduh memberitahu bahawa mangsa berkemungkinan dicederakan secara tidak sengaja oleh adik beradiknya yang lain dan menafikan bahawa dia telah menggoncang bayi tersebut sehingga menyebabkan kecederaan.

Scott kini telah disabitkan kesalahan membunuh dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Diraja Warwick.

Tak sangka, demi bola, sanggup seorang pakcik buat perkara sebegini kepada bayi yang baru je hidup beberapa bulan. Semoga keluarga kita dihindari dari mereka yang tidak berhati perut seperti ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas