Connect with us

Oh! Media

Trending

‘Review’ Van Jenazah, Wanita Cina Ini Terima Pujian Netizen

Sejak-akhir-akhir, pengeluaran kereta baru serta lambakan individu yang memberikan ulasan menyeluruh mengenai produk itu semakin mendapat perhatian daripada masyarakat.

BACA: (VIDEO) Lelaki Cuak ‘Tinted’ Van Jenazah Buat Netizen Geli Hati

IKLAN

Hal itu selepas melihat cara penyampaian seseorang penjual kereta melalui sebuah video yang berjaya menarik minat pembeli untuk membeli.

Ia merupakan salah satu strategi daripada penjual dengan mencipta video review kerana masyarakat sekarang lebih meluangkan masa bersama gajet.

Wanita cina ‘review’ van jenazah

Namun, baru-baru ini, terdapat seorang individu berbangsa cina yang telah memberikan ulasan mengenai sebuah van jenazah terbaharu.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @lisa.toyota yang menerangkan sebuah MPV model Toyota Hiace yang diubah suai menjadi van jenazah.

Menurut individu tersebut, bumbung kenderaan itu juga turut diubah suai bagi memberikan keselesaan kepada para penumpang di bahagian belakang.

Selain itu, van itu juga turut dilengkapi dengan lampu spotlight pada bahagian belakang bagi memudahkan pengurusan jenazah yang berlaku pada waktu malam.

@lisa.toyota Van Jenazah bumbung tinggi 😲👻 #hiacemalaysia #toyotaipoh #toyotamalaysia #tribe769 #sahabatbosskay #legacysahabattiktok #FeelTheHIITSubwayMY ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Link TikTok

Lebih menarik perhatian, terdapat bahagian meletakkan keranda dalam van tersebut yang memudahkan kerja memasukkan serta mengeluarkan jenazah.

Selain daripada mempunyai 3 tempat duduk serta 2 fire extinguisher, ketinggian dalam van itu menyamai tinggi individu tersebut yang dilihat mampu memberikan keselesaan kepada penumpang.

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Lisa itu sempat berjenaka tentang penghawa dingin dan mengingatkan bahawa kita semua akan pergi jua suatu hari nanti.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji wanita tersebut selain kagum kerana pertama kali melihat ulasan tentang van jenazah.

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 250,000 jumlah tontonan serta mendapat 23,000 tanda suka.

Kredit: TikTok @Lisa.Toyota

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas