Connect with us

Oh! Media

Rempuh 6 Kenderaan, Pemandu Lamborghini Dipenjara Dan Denda

Trending

Rempuh 6 Kenderaan, Pemandu Lamborghini Dipenjara Dan Denda

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya awal bulan lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Lamborghini Rempuh Tiga Kenderaan, Proton Perdana Terbalik

Memetik laporan Harian Metro, Majistret Amanina Mohamad Anuar menjatuhkan hukuman selepas pemandu kereta mewah jenis Lamborghini Gallardo itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Tertuduh, Abdul Rahman Abdullah yang berusia 28 tahun menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 6 Oktober. Dia juga tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun. Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara lima bulan.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman yang tidak mempunyai lesen memandu didakwa memandu dengan melulu dan berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kemalangan serta kerosakan teruk enam kenderaan lain. Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak, pada 8 pagi, 8 Sept lalu.

lamborghini

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen tidak kurang lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan serta kesalahan akan diendors pada lesen memandu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas