Connect with us

Oh! Media

(Video) Lamborghini Rempuh Tiga Kenderaan, Proton Perdana Terbalik

lamborghini

Trending

(Video) Lamborghini Rempuh Tiga Kenderaan, Proton Perdana Terbalik

Pagi tadi berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta mewah Lamborghini yang hilang kawalan dan merempuh beberapa buah kenderaan. Sebuah Proton Perdana juga dilihat terbalik selepas dirempuh kuat dari arah belakang.

ADVERTISEMENT

Kemalangan ini berlaku di Jalan Tun Razak menghala Bulatan Pahang dan Lamborghini itu dipandu lelakai tempatan berusia 42 tahun. Punca kejadian berjaya dirakam pemandu yang berada betul-betul di belakang Perdana sebelum Lamborghini berkenaan muncul dengan sangat laju.

Tak dapat bayangkan macam perasaan pemandu Perdana yang dirempuh secara tiba-tiba. Mangsa yang terlibat bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Pemandu kereta mewah terbabit gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun. Kenderaan mangsa kemudian melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di hadapan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh mengesahkan perkara ini. Hasil ujian air kencing dan tahap alkohol pemandu Lamborghini itu bagaimanapun negatif.

Sesungguhnya kemalangan tidak berbau. Semoga semua mangsa cepat sembuh.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas