Connect with us

Oh! Media

Remaja Dipukul Guru Dengan Penyapu Di Kepala Menang Tuntutan Saman, Bekas Guru Diarah Bayar RM90,000

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 11t184939597

Trending

Remaja Dipukul Guru Dengan Penyapu Di Kepala Menang Tuntutan Saman, Bekas Guru Diarah Bayar RM90,000

Seorang remaja lelaki yang pernah dipukul gurunya pada 5 tahun lepas telah menang tuntutan saman di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, hari ini.

Difahamkan, bekas guru tersebut hendaklah membayar ganti rugi sebanyak RM90,000 atas perintah mahkamah.

Remaja yang berusia 13 tahun itu telah dipukul di kepala pada tahun 2019. Pada ketika itu remaja tersebut baru berusia 8 tahun.

IKLAN

Mangsa yang dipukul dengan penyapu itu mengalami pendarahan yang banyak dan telah menerima lima jahitan di kepala.

Bapanya, Mohd. Amirul Azdi Md. Yusuf berkata, mereka menempuh pelbagai dugaan sejak kejadian itu menimpa anaknya.

Selepas kejadian itu, anak saya yang ketika itu hanya berusia lapan tahun mengalami trauma dan dipinggirkan rakan-rakan sekolahnya selama dua tahun. Kami cuma mahu menuntut keadilan dan ia akhirnya berbalas dengan keputusan mahkamah sebentar tadi.

Mahkamah berpendapat tindakan guru tersebut dianggap tidak wajar berlaku.

Mahkamah berpendapat bahawa tindakan defendan menggunakan penyapu untuk menakutkan murid supaya mengikuti arahan dianggap tidak dialu-alukan pada era ini. Insiden kes ini amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku di institusi sekolah. Ia diharap menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi.

Terdahulu, guru wanita tersebut dikatakan bertindak memukul remaja tersebut kerana dia tidak berada di tempat duduknya ketika sesi pembelajaran berlangsung.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 11t184939597

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo Online


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas