
Trending
Remaja Berusia 16 Tahun Hilang, Tak Pulang Ke Rumah Lepas Solat Subuh Di Masjid
Oleh
Seorang remaja lelaki yang berusia 16 tahun dikatakan keluar ke masjid untuk menunaikan solat Subuh sebelum dilaporkan hilang. Kemana pula adik ni?
BACA : Jatuh Ketika Latihan Merentas Desa, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Dunia
Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada Ahad lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Pada awalnya, remaja berkenaan keluar dari rumahnya di Bandar Tasik Selatan, Cheras pada jam 5.45 pagi untuk pergi ke masjid berhampiran, tapi tidak pulang-pulanh selepas itu.
Remaja itu memakai kemeja T lengan panjang warna hitam, berseluar hitam dan membawa beg galas warna coklat.
Pihak polis menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan dan aktiviti anak supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Semoga adik ini berjaya ditemukan secepat mungkin dan tidak ada perkara buruk yang berlaku ke atas dirinya.
Kredir: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
