Oh! Artis
Neera Aziz Mohon Maaf Isu Gender Reveal Depan Kaabah, Jelaskan Tiada Kaitan Dengan Agensi Travel
Neera Aziz mohon maaf isu gender reveal, niatnya cuma mahu bersyukur atas kurniaan zuriat.
Selebriti, Neera Aziz tampil memohon maaf susulan isu gender reveal yang dibuat di depan Kaabah ketika menunaikan umrah baru-baru ini.
BACA: “Ibadah Atau Content?” – Netizen Kecam Selebriti Buat Gender Reveal Depan Kaabah
Neera dengan rendah diri mengakui kesalahan yang dibuat walaupun pada awalnya hanya mahu menunjukkan rasa syukur dengan anugerah Allah SWT.
Neera akui kekhilafan, tegaskan tiada niat buruk

Tambahnya, tiada niat lain namun tanpa sedar mereka sebenarnya kurang beradab. Neera juga berterima kasih di atas teguran dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Neera turut menegaskan bahawa kekhilafan ini berpunca daripada diri sendiri tiada kaitan dengan mana-mana travel agensi.
Netizen sebelum ini mempersoalkan peranan suami Neera yang didakwa sebagai mutawif. Menurut netizen, suami lebih berhak menegur perbuatan yang tidak sopan di tempat suci.
Pssttt! Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat semua bahawa setiap content yang dibuat perlu lebih berhati-hati, terutama melibatkan perkara sensitif yang boleh mengundang salah faham.
Kredit: Threads Neera Azizi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM