Connect with us

Oh! Media

Ramai Wanita Mengadu Jadi Mangsa Petugas PPV, Ambil Nombor Tanpa Kebenaran

Trending

Ramai Wanita Mengadu Jadi Mangsa Petugas PPV, Ambil Nombor Tanpa Kebenaran

Maklumat peribadi seseorang tidak seharusnya didedahkan kerana ia sepatutnya dilindungi. Masalah ini timbul selepas semakin ramai wanita yang melaporkan mendapat mesej peribadi dari individu yang tidak dikenali sebaik sahaja pulang dari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

ADVERTISEMENT

Kejadian ini berlaku apabila nombor telefom yang diletakkan sewaktu pendaftaran telah disalahguna petugas PPV untuk mengurat. Sempat pula cari jodoh waktu-waktu macam ni, aduhai…

Lebih menakutkan apabila ada petugas PPV yang mengambil gambar profil MuSejahtera wanita yang ingin dikenalinya dan kemudian menghantar mesej untuk mengenali lebih rapat.

299f72ebacd74fd29d38a7088ed89471
9d2ad7371ba0cb09a8992657f3f877a7

Gambar di atas dikongsikan MalaysiaKini dan seorang wanita memaklumkan dia diganggu seorang lelaki dipercayai petugas PPV ketika melakukan vaksinasi di Ideal Convention Centre, Shah Alam.

Wanita terbabit turut telah disoal banyak soalan yang tidak berkaitan sehingga memaksa dia mengaku telah berkahwin bagi mengelak dari diganggu. Tetapi lelaki itu masih tetap menghantar mesej peribadi.

Situasi yang sama turut dikongsikan seorang pengguna Twitter, Idris yang memaklumkan adiknya perempuannya turut diganggu petugas lelaki PPV dan mendesak agar lelaki ini dikenakan tindakan.

CITF kemudian memaklumkan petugas berkenaan telah diambil tindakan tatatertib oleh agensi lelaki tersebut dan pihak CITF turut tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku petugas yang tidak bertanggungjawab.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas