Connect with us

Oh! Media

Ramai Teruja Nak Balik Kampung, Ini ‘Checklist’ Penting Anda Kena Tahu

Artikel 3 17 10

Trending

Ramai Teruja Nak Balik Kampung, Ini ‘Checklist’ Penting Anda Kena Tahu

Sejak kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri dijalankan, ramai rakyat Malaysia yang mengambil peluang keemasan untuk pulang ke kampung bertemu dengan orang tersayang. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum balik kampung.

BACA: Dah Boleh Rentas Negeri, KKM Sedia Hadap Risiko Kes Naik

Menurut Sinar harian, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tiga aspek pencegahan itu melibatkan jenayah, kemalangan jalan raya dan penularan Covid-19.

IKLAN

Sentiasa memberi tumpuan

5 tips keselamatan rumah anda perlu lakukan sebelum pergi balik kampung

Tan Sri Lee Lam mengingatkan rakyat yang merancang untuk pulang ke kampung, perlu memikirkan tiga aspek tersebut dan sentiasa memberi tumpuan semasa berada di jalan raya.

Misalnya kalau mahu balik kampung, rumah ditinggalkan perlu dipastikan dikunci dengan baik dan tidak meninggalkan sesuatu yang boleh memberi isyarat kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.

Jangan bermain dengan telefon bimbit. Kalau letih semasa memandu, ganti dengan pemandu lain sama ada isteri atau anak.

Kita mesti memberi perhatian penuh di jalan raya untuk memastikan boleh sampai ke destinasi dengan selamat.

Kesalahan yang sering dilakukan seperti membawa kereta dengan laju dan tidak fokus boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya. Apabila kemalangan berlaku, kes-kes kematian juga bakal meningkat di jalan raya.

Menurut beliau juga, prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dipatuhi oleh rakyat semasa pulang ke kampung.

Bila keluar dari kereta, mesti memakai pelitup muka dan apabila berada di tempat awam, elak tempat ramai orang dan kekalkan penjarakan fizikal.

Ini sangat penting kerana banyak penularan Covid-19 berlaku kerana kegagalan orang-orang tertentu mengamalkan penjarakan fizikal.

Lam Thye juga mengingatkan rakyat untuk melakukan ujian saringan Covid-19 melalui kit ujian kendiri secara kerap dan pastikan keputusan negatif sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.

Sama-sama kita mengingatkan ahli keluarga dan rakan kita akan prosedur keselamatan ini untuk keamanan bersama.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas