Connect with us

Oh! Media

Ramai Terkejut Status Vaksinasi KJ ‘Sedang Diproses’, Ini Perkara Sebenarnya

Trending

Ramai Terkejut Status Vaksinasi KJ ‘Sedang Diproses’, Ini Perkara Sebenarnya

Kecoh di media sosial hari ini Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dikatakan masih tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 walaupun satu dos.

ADVERTISEMENT

Dakwaan itu mula diperkatakan apabila tular screenshot status vaksinasi menteri berkenaan yang masih dalam proses temujanji.

BACA: Tak Nak Ambil Dos Penggalak? Status Vaksinasi Anda Akan Bertukar Kepada ‘Tidak Lengkap!’ – KJ

Dakwaan ini sudah tentu mengejutkan ramai orang memandangkan KJ antara individu terawal yang menyerahkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Tidak hanya mendiamkan diri, Khairy Jamaluddin menerusi Facebook menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, butiran yang dipaparkan tidak tepat kerana laman web vaksin Covid-19 tidak lagi aktif dan dikemaskini sejak Oktober 2021.

Beliau turut memaklumkan telah menerima suntikan dos pertama jenis Sinovac pada 18 Mac 2021, seterusnya suntikan dos kedua pada 8 April 2021. Suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pula diterima pada September lalu.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menafikan sekali lagi maklumat yang dipaparkan di dalam tangkap layar yang tular tersebut.

Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara.

Kata KJ lagi, beliau merupakan individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin keluaran Sinovac dan pengambilan dos pertamanya disiarkan secara langsung di televisyen. Beliau turut menunjukkan paparan MySejahtera selepas suntikan tersebut.

Kredit: Facebook Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas