Connect with us

Oh! Media

Ramai Pelik Kenapa Tak Dedahkan Resit Dan Nama Pembekal? Ini Jawapan Peniaga Ayam

Ayam

Trending

Ramai Pelik Kenapa Tak Dedahkan Resit Dan Nama Pembekal? Ini Jawapan Peniaga Ayam

Sebelum ini tersebar video menunjukkan keluhan beberapa peniaga ayam yang disaman RM500 kerana menjual ayam melebihi harga ditetapkan. Peniaga kemudian mendakwa mereka telah mendapat bekalan dari pemborong pada harga yang mahal, jadi tak masuk akal untuk mereka menjual pada harga lebih murah.

Mereka bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang resit bagi membuktikan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Akibat dari itu timbul persoalan mengapa mereka enggan berkongsi maklumat pembekal ayam?

Memetik laporan Harian Metro, rata-rata peniaga ayam sudah bertekad untuk tidak akan mendedahkan nama pemborong walaupun terpaksa dikenakan tindakan.

IKLAN

Dedah nama pembekal boleh kena boikot?

Pantau harga ayam 960x640 1

Alasan yang mereka berikan adalah jika mereka nama pembekal, mereka akan diboikot dan tidak akan mendapat bekalan lagi.

Kami bertekad untuk tidak mendedahkan nama pembekal termasuk menunjukkan resit pembelian kerana cara itu seolah menjerat diri sendiri. Walaupun bakal berhadapan dengan pelbagai tindakan kerana menjual ayam segar melebihi harga ditetapkan kerajaan iaitu RM8.90 sekilogram, tetapi kami tetap tidak akan mendedahkan nama pembekal. – Kata peniaga ayam.

Pembekal jual ayam melebihi harga ditetapkan?

Seorang lagi peniaga ayam turut mendedahkan pembekal ayam segar telah menjual pada harga RM6.80 sekilogram. Ini melebihi harga yang ditetapkan iaitu pada harga RM5.60 sekilogram.

Perternakan ayam

Peniaga harap siasatan dilakukan hingga ke peringkat ladang.

Peniaga ayam bagaimanapun tidak menyalahkan tindakan yang diambil pihak KPDNHEP. Mereka hanya berharap agar pegawai penguat kuasa KPDNHEP menyiasat secacara terperinci harga jualan ayam hidup di peringkat ladang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas