Connect with us

Oh! Media

Curi Ayam Sampai RM27,000! Tiga Lelaki Ditahan Di Rawang

Oh! Tidak

Curi Ayam Sampai RM27,000! Tiga Lelaki Ditahan Di Rawang

Tiga lelaki akhirnya tertangkap selepas dipercayai menjadi dalang utama dalam kes mencuri ayam di beberapa pasar awam sekitar daerah Batang Padang, Perak.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Mohd Naim Asmawi, mendedahkan bahawa mereka mencuri sebanyak 66 bakul ayam dengan nilai keseluruhan melebihi RM27,000!

IKLAN

Modus operandi kumpulan ini cukup licik, di mana mereka menggunakan lori milik sendiri atau lori sewa untuk mengangkut bakul-bakul ayam curi tersebut.

Dua suspek bertindak sebagai pencuri, manakala seorang lagi berperanan membeli bekas plastik kosong untuk digunakan bagi meletakkan ayam.- Katanya.

Salah seorang suspek didapati positif dadah…

Hasil ujian air kencing mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamin. Buat masa ini, dua suspek direman hingga Jumaat untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Seorang lagi suspek direman selama dua hari bermula Selasa dan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam premis.

Kes ini membuktikan bahawa kes pencurian ayam bukan sekadar jenaka, tetapi melibatkan nilai yang besar. Pihak polis kini giat melengkapkan siasatan bagi memastikan hukuman setimpal dikenakan terhadap mereka.

#OhmediaNasihat

Kes ini mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dan tidak mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan, lebih-lebih lagi melalui cara yang salah.

Kehidupan yang jujur mungkin nampak susah pada awalnya, tetapi ia jauh lebih berkat dan bebas daripada masalah. Kalau nampak kejadian mencurigakan, laporkan segera kepada pihak berkuasa untuk elakkan kerugian lebih besar!

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: FMT


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas