Connect with us

Oh! Media

Ramai Minta Nubhan Disingkirkan Dari Gegar Vaganza, Pihak Astro Akhirnya Beri Respon

Ohmedia nubhan

Trending

Ramai Minta Nubhan Disingkirkan Dari Gegar Vaganza, Pihak Astro Akhirnya Beri Respon

Isu peribadi Nubhan cetus desakan boikot GV12, namun Astro tegaskan penyanyi itu kekal bertanding kerana tidak langgar syarat.

Pihak produksi Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) akhirnya tampil menjawab luahan segelintir pihak yang kurang senang terhadap penyertaan Nubhan, susulan isu peribadi penyanyi itu yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut laporan mStar, isu berkenaan bukan alasan kukuh untuk menyingkirkan Nubhan daripada pertandingan, walaupun wujud desakan netizen yang mahu program itu diboikot dan perkara ini dikatakan sendiri Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari. 

Pengurus saluran Astro Ria tampil bersuara

Idlan Zahari

Menurut Idlan, sepanjang 10 minggu penyertaan Nubhan dalam GV12, penyanyi itu tidak pernah melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan pihak produksi.

IKLAN

Kami sedar keprihatinan penonton terhadap peserta, terutamanya berkaitan masalah peribadi, dan perkara itu kami ambil maklum. Namun, Nubhan tidak melanggar apa-apa peraturan atau syarat pertandingan.

Jadi, sebagai peserta dia masih layak untuk terus menyertai GV12.

Tambahnya lagi, segala isu peribadi peserta serta kritikan netizen di media sosial berada di luar kawalan pihak produksi.

Reaksi penonton dan hal peribadi peserta adalah di luar kawalan produksi. Apa yang kami boleh kawal adalah memastikan persembahan terbaik dipersembahkan setiap minggu.

Setakat ini, tiada apa-apa kenyataan daripada Nubhan.

Prestasi Nubhan tetap dipuji

Nubhan

Pada konsert minggu ke-10, Nubhan berjaya menduduki tempat kedua menerusi persembahan lagu Masih Aku Terasa (nyanyian asal Gersang).

Ketua juri, Datuk Ramli MS turut memuji peningkatan persembahan Nubhan meskipun kisah peribadinya menjadi bualan ramai.

Walaupun banyak cerita diperkatakan, perkara itu tidak menjejaskan persembahan kamu di atas pentas. Malah, kamu semakin baik

Sejak minggu lepas, Nubhan menerima kecaman hebat susulan tindakannya mengeluarkan barangan peribadi milik bekas isteri bersama anak-anak dari kediaman tanpa pengetahuan mereka.

Situasi itu mencetuskan kemarahan netizen, sehingga ada yang menuntut penyanyi itu menarik diri dan menyeru orang ramai memboikot GV12.

Pssttt! Hak menilai persembahan dan isu peribadi perlu dipisahkan. Kritiklah dengan berhemah, kerana setiap keputusan ada kesan bukan sahaja kepada individu, tetapi juga keluarga dan kerjaya mereka.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas