Connect with us

Oh! Media

Rakyat Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah RM519 Juta, Ini Penjelasan JKR

ohmedia istana negara

Trending

Rakyat Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah RM519 Juta, Ini Penjelasan JKR

Baru-baru ini, World Of Buzz ada mengeluarkan satu artikel yang mendakwa sebuah syarikat telah ditawarkan kontrak bernilai RM519 juta bagi menyelenggara Istana Negara. Pendedahan ini sudah pasti membuatkan rakyat Malaysia terkejut. Rata-rata mempersoal kos selenggaraan yang begitu tinggi yang sepatutnya boleh digunakan untuk kemudahan lain.

RM519 juta untuk 7 tahun..

Bagi menjawab perkara ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) mengakui jumlah itu adalah benar tetapi RM519 juta itu adalah untuk penyenggaraan selama 7 tahun. Penyenggaran Istana Negara ini melibatkan kawasan seluas 24.13 ekar.

JKR juga menegaskan kerja penyenggaraan ini adalah perlu untuk negara kerana Istana Negara mewakili kedaulatan dan identiti negara.

IKLAN

Rakyat tetap tak puas hati dengan penjelasan JKR, peruntukan sebanyak itu boleh bina kemudahan lain..

Meninjau reaksi rakyat Malaysia, rata-rata masih bimbang dan mempertikaikan peruntukan sebanyak itu hanya digunakan untuk selenggara Istana Negara. Ini apabila RM519 juta boleh digunakan untuk bangunkan universiti, hospital ataupun membaiki sekolah-sekolah usang di Sabah dan Sarawak.

screen shot 2022 06 02 at 41735 pm

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas