Connect with us

Oh! Media

“Tiada Lubang Atau Pothole” – JKR Perak Nafi Jalan Gelap Punca Tragedi Bas UPSI

Ohmedia jkr Perak

Trending

“Tiada Lubang Atau Pothole” – JKR Perak Nafi Jalan Gelap Punca Tragedi Bas UPSI

JKR Perak nafi jalan gelap punca nahas bas UPSI. Laporan polis dedah kelajuan pemandu jadi faktor utama.

Tragedi menyayat hati yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Isnin lalu mengejutkan seluruh negara.

BACA: “Saya Dah Cuba Segalanya!” – Pemandu Bas Mohon Maaf Kepada Pelajar UPSI

Namun dakwaan awal mengatakan jalan gelap di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak menjadi punca kemalangan kini dinafikan oleh pihak berkuasa.

IKLAN

Jalan dalam keadaan baik dan selamat

Upsi

Lapor Malaysia Gazette, Pengarah JKR Perak, Ir Zamri Mat Kasim memaklumkan pemeriksaan mendapati keadaan jalan di lokasi kejadian sebenarnya berada dalam keadaan baik dan selamat.

Pemantauan terkini di lokasi mendapati permukaan jalan adalah baik serta tiada lubang atau ‘pothole’. katanya.

Tambahnya lagi, infrastruktur asas seperti penghadang jalan dan papan tanda juga lengkap di kawasan tersebut.

Apa yang mengejutkan, laporan awal polis menunjukkan faktor kelajuan pemandu bas merupakan punca utama kemalangan.

385 lampu solar akan dipasang

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menyatakan jalan tersebut memang berselekoh, menurun dan tidak mempunyai pencahayaan jalan.

Malah, jalan di lokasi juga tidak mempunyai lampu jalan kecuali berhampiran jambatan di Pulau Banding.

Upsi
Foto UTUSANFadzil Zainol

Menjawab kepada isu itu, Pengarah JKR Perak memaklumkan Bahagian Kejuruteraan Forensik Cawangan Jalan JKR Malaysia sedang menjalankan kajian menyeluruh dan menyediakan laporan teknikal berkaitan insiden tersebut.

JKR Perak juga kini dalam proses pemasangan sebanyak 385 unit lampu jalan berkuasa solar di sepanjang laluan tersebut. Tender telah ditutup dan dijangka dianugerahkan pada Julai nanti.

Dalam masa sama, laluan berkenaan turut akan menerima kerja-kerja penurapan semula dan penambahbaikan garisan jalan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Pssttt! Diharapkan ada penambahbaikan dibuat untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas