Connect with us

Oh! Media

Rakyat Dah Mula Leka, Ramai Tak Ikut SOP Masuk Kedai Makan

2e08b609 549b 41b0 abc4 7a7cca4dd3cb

Trending

Rakyat Dah Mula Leka, Ramai Tak Ikut SOP Masuk Kedai Makan

Semua individu yang dah lengkap suntikan vaksin dibenarkan untuk ‘dine-in’ di kedai makan dengan mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

BACA : Polis Sahkan Taman Tema Air Sunway Lagoon Tak Langgar SOP

Menurut laporan Kosmo, SOP yang telah dibuat bagi mengekang penularan wabak yang melanda sudah dilihat ‘menjunam’ apabila didapati ramai yang mengingkarnya.

IKLAN

Pihak Kosmo juga telah membuat pemerhatian dan mendapati bahawa ramai pelanggan kedai makan di sekitar Temerloh, Kuantan dan Bentong tidak menggunakan aplikasi MySejahtera dan ‘scan’ suhu apabila masuk ke premis.

Bukan setakat pelanggan, pekerja disitu juga turut tidak mematuhi SOP kerana tidak memakai pelitup muka. Bukan main ya! 

Perkara ini sekaligus membuatkan pelanggan dan pekerja di kedai makan itu dibimbangi akan terkena jangkitan wabak kerana terdedah dan ianya dikatakan sendiri Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus.

Di sebuah kedai seorang pelanggan didapati ‘dine in’ walaupun tidak lengkap dua dos vaksin, terketar-ketar dia buka MySejahtera. Saya tanya tuan kedai kenapa benarkan dia masuk dan katanya pelanggan cakap sudah cucuk, sebenarnya tiada siapa yang semak dipintu masuk.

Masyarakat sudah alpa tentang SOP, barangkali SOP bukan lagi ke laut tetapi sudah jatuh ke dasar laut, jadi jangan salahkan kerajaan atau Kementerian Kesihatan Malaysia jika kes melonjak semula.

Jangan pentingkan diri! Diharapkan semua agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas