Connect with us

Oh! Media

Polis Sahkan Taman Tema Air Sunway Lagoon Tak Langgar SOP

Sunway Lagoon

Trending

Polis Sahkan Taman Tema Air Sunway Lagoon Tak Langgar SOP

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan kesesakan pengunjung di sebuah taman teman air di Sunway Lagoon sehingga mencetuskan persoalan ramai pihak.

ADVERTISEMENT

BACA : Tular Video Sesak Pengunjung Di ‘Sunway Lagoon’, Polis Jalankan Siasatan

Menurut laporan Berita Harian, tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang berlaku di sana sepertimana yang tular di media sosial itu.

Taman tema itu dikatakan boleh memuatkan seramai 40,000 pengunjung pada satu-satu masa, namun mengehadkannya kepada 20,000 orang berdasarkan SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.

Kini, bahagian kolam renang berombak itu telah ditetapkan seramai 5,000 pengunjung dibenarkan walaupun sebelum ini boleh memuat seramai 10,000 orang.

Mengenai dakwaan berlaku pelanggaran SOP, hasil siasatan mendapati terdapat kira-kira 1,900 pengunjung berada di kolam renang berombak itu pada 6 November lalu dan jumlah ini, masih dalam kapasiti dibenarkan.

Kalau tiada pelanggaran SOP tu baguslah! Tapi nampak macam padat juga sebenarnya. Apapun, sentiasalah mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan sekaligus dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak yang melanda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas