Connect with us

Oh! Media

Rakaman Dashcam Dua Kakitangan KKM Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit

C4d1867c e559 46fa 8b75 fda9fc246c29

Trending

Rakaman Dashcam Dua Kakitangan KKM Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit

Terdapat satu kejadian dimana dua orang kekaitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maut ketika menukar tayar kereta yang pancit. Allahu, kesiannya..

BACA : Ini Tindakan JPJ Bagi Mengurangkan Kesesakan Di Sekitar Lembah Klang Pada Waktu Puncak

Menurut laporan Harian Metro, kedua-dua mangsa dirempuh sebuah lori dan kejadian itu berlaku di Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Bukit Rotan semalam.

IKLAN

Menerusi satu video yang dimuatnaik @MALAYSIAVIRALL menunjukkan rakaman dashcam sebuah kereta dari arah belakang yang merakam kejadian tersebut.

Pada awalnya, sebuah lori dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa.

Pada masa sama, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (titik buta) menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta ini.

Lori pasir tersebut kemudiannya melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kedua-dua mayat telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

Kredit: Harian Metro | Twitter @MALAYSIAVIRALL

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas