Connect with us

Oh! Media

Ini Tindakan JPJ Bagi Mengurangkan Kesesakan Di Sekitar Lembah Klang Pada Waktu Puncak

Oh! Gear

Ini Tindakan JPJ Bagi Mengurangkan Kesesakan Di Sekitar Lembah Klang Pada Waktu Puncak

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang kenderaan berat dengan muatan (BDM) yang melebihi 7.5 tan menggunakan jalan raya terutamanya di laluan utama sekitar Lembah Klang pada waktu puncak.

ADVERTISEMENT

BACA : Pemandu Treler Langgar Kereta 5 Pelajar Rupanya Ada 9 Rekod Kesalahan JPJ

Menurut laporan Kosmo, perkara ini dibuat bagi mengurangkan isu kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku di kawasan itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim.

Terdapat dua waktu dimana kenderaan berat tidak boleh masuk iaitu pada pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi yang melibatkan 10 laluan dan 4.30 petang hingga 7.30 petang yang melibatkan 8 laluan.

Waktu pagi membabitkan semua jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Kuching, Jalan Genting Klang, Jalan Cheras, Lebuhraya Plus, Jalan Tun Razak, Jalan Istana, Jalan Segambut dan Jalan Sentul.

Bagi waktu petang pula, ia membabitkan laluan Jalan Kepong, Jalan Ipoh, Jalan Gombak, Jalan Genting Klang, Jalan Cheras, Jalan Sungai Besi dan Jalan Kelang Lama.

Sesiapa yang ingkar akan dikenakan kompaun tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000. Larangan itu berdasarkan peraturan dibawah Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Terbaik JPJ! Kalau korang nampak je ada kenderaan berat dekat jalanraya pada waktu puncak tu, report je terus!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas