Connect with us

Oh! Media

Raja Bomoh Perjelas Sebab Lakukan Upacara Tolak Banjir, Ancam Saman RM300 Juta?

12cff26a 29a0 4790 b9f9 1bd22384f1d6

Trending

Raja Bomoh Perjelas Sebab Lakukan Upacara Tolak Banjir, Ancam Saman RM300 Juta?

Sebelum ini kami melaporkan bahawa seorang lelaki dikenali sebagai Raja Bomoh buat hal lagi apabila muncul dengan upacara tolak banjir di Teluk Intan, Perak.

BACA : Raja Bomoh Buat Hal Lagi, Kali Ini Upacara Halau Banjir?

Menurut laporan Kosmo, beliau dikatakan mahu menyaman jabatan yang mendakwa perbuatannya itu adalah syirik dan khurafat. Dia juga mendakwa apa yang dilakukannya itu adalah cara tradisional untuk mengelakkan banjir di daerah itu.

IKLAN

Tujuan saya buat itu supaya banjir jangan naik besar di Teluk Intan. Saya buat supaya banjir jangan melanda Sungai Manik, Labu Kubong, Kampung Gajah, Parit dan Bagan Datuk. Berdoa dan mengunakan daun serta kayu dilepaskan (ke sungai).

Katanya lagi, perkara itu juga dibuat untuk menyelamatkan tapak perkuburan dan salah satu sebabnya ialah keturunannya banyak dikebumikan di Teluk Intan. 

Saya telah berbincang dengan peguam dan akan saman RM300 juta jabatan yang kata saya syirik dan khurafat.

Dia juga mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdemokrasi. Sekiranya perbuatannya itu salah, sepatutnya jabatan terbabit memanggilnya terlebih dahulu  untuk berbincang atau menegur sahaja.

Pihak polis juga telah mengesahkan telah menerima laporan daripada Ibrahim berhubung dakwaan mengadakan upacara yang bertentangan ajaran Islam pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas