Connect with us

Oh! Media

Radhi OAG Kecewa Bekas Isteri Minta RM300,000 Untuk Selesaikan Kes Di Luar Mahkamah

radhi oag

Oh! Artis

Radhi OAG Kecewa Bekas Isteri Minta RM300,000 Untuk Selesaikan Kes Di Luar Mahkamah

Nur Shahira Ayu Zahiri iaitu bekas isteri Radhi OAG memaklumkan dia masih belum menarik semula laporan polis berhubung kes penyanyi itu memukulnya.

ADVERTISEMENT

Menurut Shahira, masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan antara mereka sebelum keputusan yang seterusnya diambil.

Ada benda yang tidak jelas lagi antara saya, Radhi dan peguam. Jadi selepas kami berbincang tadi, kami buat keputusan untuk tunda lagi pada tarikh berikutnya.

Kita tunggulah tarikh ini nanti. Selebihnya saya enggan mengulas lanjut.

Pada 21 Jun lalu, untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah Shahira meminta Radhi untuk membayarnya RM300,000 bagi mencapai persetujuan.

Sepatutnya dia kata tarik (laporan polis). Hakim dah suruh buat masa dia nak tarik, tapi dia tak buat lagi. Persetujuan berkenaan RM300,000, yang RM5,000, yang RM500 pun saya nafikan sebab itu antara dia dan peguam.

Itu cadangan peguam kepada Ayu, tapi saya tak sahkan lagi. Saya tak ada paksa pun dia tarik kes itu. la di atas perbincangan. Saya tak nampak saya bayar dia untuk tarik kes ini.

Dalam pada itu, penyanyi Radhi menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat bekas isterinya.

Malah, Radhi atau nama sebenarnya Radhi Razali berharap kes ini dapat diselesaikan tanpa melibatkan pihak ketiga.

radhi oag

Saya rasa macam tak jelas lagipun saya harap dapat selesaikan dengan Ayu tanpa campur tangan orang lain, macam ada aura tak sesuai.

Kalau boleh dapat selesaikan dengan baik bersama dia serta keluarga.

Sebelum ini, Radhi telah ditahan pada 20 April lalu ketika di kediamannya Kota Damansara, Selangor selepas didakwa memukul bekas isterinya, namun, penyanyi itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Kes mendatangkan kecederaan berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

BACA: “Kau Ingat Kau Cantik” – Radhi OAG ‘Sound’ Bekas Isteri Sebab Enggan Selfie

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas