Connect with us

Oh! Media

“Kau Ingat Kau Cantik” – Radhi OAG ‘Sound’ Bekas Isteri Sebab Enggan Selfie

Oh! Artis

“Kau Ingat Kau Cantik” – Radhi OAG ‘Sound’ Bekas Isteri Sebab Enggan Selfie

Penyanyi terkenal Radhi OAG pada April tahun lalu dituduh memukul dan mencederakan bekas isterinya, Nur Shaira Ayu Zahiri di parkir Emporis Menara D Kota Damansara, Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Nama Radhi OAG Kena Petik Kes Pukul Bekas Isteri

Dalam prosiding yang berlangsung semalam, bekas isteri berkata Radhi mula marah selepas dia menolak untuk bergambar (selfie) dengannya dalam kereta sehingga mencetuskan pergaduhan.

Radhi OAG marah sebab bekas isteri tak mahu ambil gambar bersama

radhi OAG

Memetik laporan Kosmo!, Nur Shaira sebagai saksi pendakwaan pertama berkata, bekas suaminya menjerit dengan kata-kata kesat dan maki hamun dengan mengatakan ‘kau ingat kau bagus, kau ingat kau cantik’.

Sebelum kejadian berlaku, Nur Shaira bersama kakaknya dan anak buah ke kondominium (rumah Radhi) untuk mengambil anak lelakinya.

Sampai di rumah Radhi, saya terus mengambil anak lelaki yang sedang tidur di atas sofa lalu turun ke lobi.

Katanya, sebelum pulang Radhi minta untuk berbincang mengenai isu anak di tepi kereta kawasan parkir tersebut.

Radhi kemudian mengajak saya untuk berswafoto dalam kereta menggunakan telefonnya. Saya cakap tidak mahu rakam gambar macam itu, tak perlu nak peluk dan berswafoto kerana sudah bercerai.

Jika mahu bergambar, bekas isteri mencadangkan ambil di luar kereta sahaja dan Radhi mula marah. Dia menjerit dan keluarkan kata kesat kerana bekas isteri tak boleh berbaik untuk bergambar.

Saya cakap elok-elok kenapa perlu marah? Kita ada kehidupan masing-masing dan tidak perlu ambil gambar sebegini.

Perkara itu mencetuskan insiden tolak menolak menyebabkan kakaknya datang untuk meleraikan pergaduhan. Shaira berkata ada kesan lebam di tangannya dan dia mengaku ada memukul tertuduh untuk mempertahankan diri.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas