Trending
Putin Didakwa Pecat 1,000 Kakitangan Peribadi, Takut Mati Termakan Racun?
Presiden Rusia Vladimir Putin didakwa telah memecat 1,000 kakitangan peribadinya kerana takut jika mereka akan membunuhnya dengan menggunakan racun.
BACA: Apa Sebenarnya Presiden Vladimir Putin Mahukan Hingga Terpaksa Memilih Perang Rusia & Ukraine?
Menerusi laman Thevocket, kakitangan yang dipecat termasuklah tukang masak, setiausaha, pekerja dobi dan pengawal peribadinya kerana takut jika mereka memberinya ‘racun’.
Tokoh politik kanan Rusia menggalakkan untuk cuba bunuh Putin

Cemuhan telah diberikan kepada Putin apabila dirinya bukan sahaja bertemu dengan pemimpin asing, bahkan dengan kalangan dalaman sendiri dari jarak yang hampir jauh yang merujuk kepada kuwujudan meja panjang.
Jet peribadi milik rakyat Rusia juga sudah kelihatan menuju ke Dubai, dimana ia menimbulkan pelbagai persoalan mengenai keselamatan Putin di Moscow.
Putin berkemungkinan boleh disingkirkan daripada kuasa , dan pembunuhan adalah salah satu cara untuk menghapuskannya, menurut ejen perisikan Perancis. Racun merupakan cara yang ‘mungkin’ digunakan untuk menghapuskan Putin.
Tokoh politik kanan Rusia juga telah menggalakkan sesiapa yang rapat dengan Putin untuk cuba membunuhnya. Jadi wajarlah untuk Putin berasa takut dengan orang di sekelilingnya.
Kredit: Daily Beast
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM