Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Buru Lelaki Biadap, Tahu Tempat Kerja Dan Nombor Telefon

Oh! Artis

Puteri Sarah Buru Lelaki Biadap, Tahu Tempat Kerja Dan Nombor Telefon

Semalam kecoh di media sosial pelakon Puteri Sarah dan Bella Astillah digelar ‘geng secondhand’ oleh seorang lelaki biadap.

ADVERTISEMENT

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah menjejaki lelaki tersebut sehingga ke lubang cacing dan menjumpai nombor telefon serta tempat kerjanya.

BACA: “Jantan Takdak Teloq” – Puteri Sarah Liyana Dan Bella Astilah Berang Dihina Geng ‘Secondhand’

Di aplikasi X, Puteri Sarah mendedahkan lelaki tersebut seolah-olah melarikan diri dengan menyahaktif akaun peribadinya.

Puteri Sarah menyatakan individu yang dikenali sebagai Afiq Azni itu bersikap kurang ajar mungkin disebabkan tidak pernah dikenakan tindakan.

Tambahnya, Afiq dikatakan sedang menjalani latihan kerja di sebuah syarikat penghantaran makanan. Pelakon ini menyarankan Afiq dibuang kerja disebabkan sikap biadapnya itu.

Pelakon tersebut juga menyatakan tindakan meninggalkan komen berbaur hinaan sebagai perkara toksik.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas