Connect with us

Oh! Media

mangsa

Trending

Pura-Pura Jadi Mangsa Banjir Untuk Dapat Bantuan, Seorang Wanita Didakwa

Kejadian di Mentakab, Temerloh, Pahang seorang wanita menipu dengan mengatakan dirinya merupakan mangsa banjir untuk mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan.

BACA: Lupakan KWSP, Lebih 28,000 Mangsa Banjir Terima Bantuan Wang Ihsan Kerajaan

IKLAN

Menerusi laporan Berita Harian, wanita tersebut bukan sahaja meminta bantuan daripada NGO di Mentakab Termerloh, tapi dia juga membuat permohonan bantuan kepada NGO dan sukarelawan lain.

Orang ramai mendakwa wanita tersebut bukan mangsa banjir

mangsa

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof mengatakan, pada 29 Disember lepas, wanita tersebut yang berumur 33 tahun itu membuat permohonan bantuan banjir dengan memberi alamat yang tidak didiami.

Suspek mendakwa dirinya berstatus ibu tunggal kepada tiga anak dan tidak menerima sebarang bantuan, menyebabkan NGO tersebut memberi sumbangan kewangan, bekalan makanan, toto, selimut, bantal dan peralatan elektrik seperti kipas angin, mesin pengisar dan periuk nasi bernilai RM700.

Bagaimanapun, NGO itu menerima rungutan orang ramai mendakwa wanita itu bukan mangsa banjir kerana alamat rumah yang digunakan dalam permohonan itu tidak didiami suspek.

Selepas mendapati wanita tersebut membuat permohonan bantuan kepada NGO lain juga, pengadu telah membuat laporan polis.

Siasatan mendapati alamat yang digunakan suspek tidak berpenghuni dan ketua kampung juga mengesahkan wanita itu bukanlah mangsa banjir. Hukuman penjara boleh dikenakan kepada wanita itu selama 10 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Mungkin wanita tersebut memang betul-betul memerlukan bantuan atau dia saja ambil kesempatan kan? Apa-apa pun semoga semua mangsa banjir diberi bantuan yang secukupnya dan semoga mereka yang mengambil kesempatan diberi hukuman yang sepatutnya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas