Connect with us

Oh! Media

Punca Pergaduhan 2 Individu Bukan Kerana Rebutkan Murtabak Atau Sudu, Tetapi…

2080a636 060d 4fe3 afac 87bc3def9b67

Trending

Punca Pergaduhan 2 Individu Bukan Kerana Rebutkan Murtabak Atau Sudu, Tetapi…

Kecoh seketika semalam apabila satu video pertengkaran di antara seorang wanita dan seorang lelaki di sebuah restoran tular di media sosial.

BACA: Tular Video Pergaduhan Antara Warga Emas Dan Seorang Wanita Di Restoran Mamak

Namun, setakat semalam masih tiada lagi individu yang tampil bagi memberi maklumat tentang punca sebenar yang telah mencetuskan pergaduhan mereka.

IKLAN

Disebabkan itu, ramai mula membuat spekulasi sendiri tentang apa yang berlaku melalui butir percakapan kedua individu di dalam video itu biarpun kedengaran kurang jelas.

Malah ada yang ‘menjelaskan’ jika pergaduhan itu sebenarnya berpunca daripada berebutkan martabak ayam, malah ada pula yang menokok ianya kerana berebutkan sudu.

Semua persoalan itu akhirnya terbongkar apabila polis mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian sebenarnya adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati berkenaan cuti.

Dua individu yang dilihat bertengkar dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Changkat Jong, Isnin lepas rupanya penyelia dan pekerja di restoran itu.

Pada mulanya lelaki itu dilihat telah menjerit sehingga menyebabkan wanita itu mula menamparnya sebelum pergaduhan tersebut berlaku.

2080a636 060d 4fe3 afac 87bc3def9b67

Pergaduhan itu juga telah berjaya dileraikan dengan bantuan kawan wanita itu dan juga seorang pekerja restoran yang berada di tempat kejadian.

Menurut Yahaya Hassan selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, wanita yang berusia 27 tahun itu dikatakan telah membuat laporan polis ke atas lelaki berusia 56 tahun yang juga merupakan penyelianya di sebuah syarikat pengawal keselamatan.

Laporan dibuat pada jam 9.53 malam pada Isnin akibat perselisihan faham antara mereka berdua.

Pertengkaran tersebut dirakam oleh orang awam.

Punca kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan cuti. – Katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Pihak polis juga telah memanggil kedua-dua individu terbabit untuk diambil keterangan. Malah, mereka bedua juga telah pun bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas