Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tular Video Pergaduhan Antara Warga Emas Dan Seorang Wanita Di Restoran Mamak

Trending

(VIDEO) Tular Video Pergaduhan Antara Warga Emas Dan Seorang Wanita Di Restoran Mamak

Baru-baru ini tular di laman Twitter mengenai satu video pergaduhan yang melibatkan seorang lelaki warga emas dan seorang wanita di sebuah restoran mamak.

ADVERTISEMENT

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan pada awalnya warga emas berkenaan terlebih dahulu menjerit ke arah wanita itu sebelum dia seolah-olah menampar lelaki itu.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1374362268301815808

Keadaan menjadi lebih tegang apabila berlaku pergaduhan secara fizikal antara kedua-dua individu berkenaan.

Orang ramai cuba untuk menenangkan pergaduhan tersebut tapi nampakya gagal. Tidak lama kemudian, menerusi video seterusnya beberapa individu lelaki cuba untuk menyerang warga emas berkenaan namun sempat dihalang oleh pihak keselamatan.

Sebahagian netizen menyelar perbuatan wanita itu yang bertindak sedemikian kepada warga emas berkenaan namun tidak kurang juga ada yang mempersoalkan tindakan warga emas itu menjerit di hadapan wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, punca kejadiaan masih belum dikenalpasti dan insiden berkenaan berjaya dileraikan oleh orang ramai sebelum keadaan bertambah teruk.

Kredit : Kosmo Online , Twitter

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas