Connect with us

Oh! Media

Punca Kejadian Banjir Kilat Sejak Bertahun-Tahun Di Tengah Bandar Jerantut Terjawab, Tak Guna Punya Pelaku!

2d22bad2 ab3f 4205 ba7b eece1faf7dbc

Trending

Punca Kejadian Banjir Kilat Sejak Bertahun-Tahun Di Tengah Bandar Jerantut Terjawab, Tak Guna Punya Pelaku!

Banjir kilat yang sebelum ini sering berlaku di tengah bandar Jerantut, Pahang membuat penduduk resah dan binggung mengapa terjadinya kejadian itu akhirnya terjawab gais. Kalau korang nak tahu, banjir kilat tu terjadi disebabkan tayar lori yang dibuang ke dalam longkang besar je.

Sebelum ini, bila hujan lebat je mesti pengguna akan ragu-ragu untuk melalui laluan di situ sebab air akan naik dengan cepat. Kereta-kereta kecil yang lalu pula akan tersangkut walhal ada je longkang besar dekat situ. Memang peliklah kan?

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Lalu Lintas, Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Datuk Ridzuan Mansor berkata bahawa isu ini sudah bertahun-tahun terjadi dan menjadi tanya tanya pengguna. Disebabkan itu, MDJ mengadakan operasi bersepadu bersama agensi SWCorp, Jabatan Kerja Raya (JKR), Alam Flora, Roadcare, Polis Diraja Malaysia, dan Balai Bomba Dan Penyelamat Jerantut untuk cari punca sebenar isu.

IKLAN

Bomba turun dengan bantuan alat pernafasan untuk membuat tinjauan ke dalam longkang tertutup itu.

Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bomba mendapati terdapat tiga tayar lori tersekat di dalam longkang itu dan terpaksa menggunakan jengkaut (backhoe) untuk mengeluarkannya.

Tayar lori tu menyebabkan aliran air tersekat dan kawasan disitu mudah dinaiki air. Siapalah yang pergi buang tayar dalam longkang tu, menyusahkan betul! Apapun, benda macam ni lah yang akan merosakkan harta benda orang lain dan keselamatan pengguna. Jadi, buanglah sampah di tempat yang sebetulnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas