Connect with us

Oh! Media

Pukul Suspek Samun, 6 Lelaki Rohingya Diburu Polis!

rohingya

Trending

Pukul Suspek Samun, 6 Lelaki Rohingya Diburu Polis!

Enam lelaki Rohingya diburu polis kerana dipercayai memukul mangsa yang merupakan suspek kes samun pada hari Selasa lalu di Kampung Pauh Badang, Kelantan.

ADVERTISEMENT

BACA: Selepas Budak Rohingya, Kini Wanita Rohingya Pula Ketuk Pintu Rumah Minta Sedekah!

Menerusi laporan Harian Metro, ibu mangsa telah membuat laporan kepada pihak polis dengan mendakwa anaknya yang berumur 30 tahun dipukul oleh sekumpulan lelaki sebelum ditahan oleh pihak polis.

Polis masih menjejaki kumpulan Rohingya

rohingya

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat menyatakan, ibu mangsa sedar akan kejadian itu selepas melawat anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Berdasarkan laporan, mangsa dipukul oleh sekumpulan lelaki Rohingya di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Mangsa yang mengalami kecederaan patah tangan dan kaki kanan kemudian mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Pihak polis masih menjejaki kumpulan lelaki Rohingya yang terlibat dengan kes pukul ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus serahkan suspek jenayah kepada pihak polis dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh membahayakan nyawa suspek.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas