Connect with us

Oh! Media

Pukul Abang Ipar, Pengurus Peribadi Sahkan Shidee Ditahan Polis

Trending

Pukul Abang Ipar, Pengurus Peribadi Sahkan Shidee Ditahan Polis

Semalam, viral isu penyanyi terkenal pukul abang ipar guna batang besi yang menimbulkan tanda tanya. Sekarang semua dah terjawab apabila pengurus peribadi Shidee, penyanyi terkenal 80-an mengesahkan bahawa penyanyi itu ditahan polis.

ADVERTISEMENT

BACA: Penyanyi Terkenal Ditahan Polis Pukul Abang Ipar Dengan Batang Besi

Menurut laporan Berita Harian, pengurus peribadi penyanyi tersebut, Efeendy R Azmi mengatakan Shidee telah ditahan atas dakwaan memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, penyanyi yang didakwa itu direman empat hari bermula semalam hingga 28 Mac bagi membantu siasatan.

Ketika dihubungi, Efeendy berkata setakat ini dia tidak dapat beri kenyataan lebih lanjut berhubung dengan penahan penyanyi itu.

Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam.

Saya mohon maaf. Sekarang saya berada di Thailand atas urusan kerja. Namun, saya sudah berhubung dengan keluarga Shidee bagi mengetahui insiden yang berlaku.

Bagaimanapun, saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian kerana masih dalam proses siasatan polis.

Pengurus peribadi itu berharap supaya orang ramai tidak memebuat spekulasi berhubung tangkapan yang dibuat.

Terdahulu, pihak polis telah menahan suspek yang didakwa memukul abang iparnya dengan batang besi selepas berlaku perselisihan faham.

Kejadian berlaku di rumah ibu mentuanya dan dikatakan sudah begaduh beberapa kali namun kali ini lebih teruk sehingga berlaku insiden itu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas