Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Terkenal Ditahan Polis Pukul Abang Ipar Dengan Batang Besi

Penyanyi pukul abang ipar ohmedia

Oh! Artis

Penyanyi Terkenal Ditahan Polis Pukul Abang Ipar Dengan Batang Besi

Polis mengesahkan penahanan seorang penyanyi lelaki terkenal era 80-an selepas disyaki memukul abang iparnya dengan batang besi.

Kejadian itu berlaku di flat Bandar Tun Razak, Cheras pada petang Ahad mangsa berusia 41 tahun mengalami kecederaan.

Pergaduhan berlaku difahamkan gara-gara salah faham antara suspek dan mangsa. Suspek kemudian mengambil besi panjang dan memukul mangsa di bahagian kepala, belakang badan, mata kiri dan bahagian badan lain.

IKLAN

Abang ipar penyanyi lelaki terima dua jahitan di kepala…

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan menerima dua jahitan, bengkak mata kiri, lebam di tangan kiri dan luka di tangan kanan.

Mangsa kemudian membuat laporan polis ke atas suspek yang berusia 64 tahun dan kini mendapatkan rawatan di hospital.

Tentang identiti suspek, Ohmedia hanya difahamkan suspek pernah menyertai sebuah program realiti hiburan popular dan pernah terpalit kontroversi berhubung perkahwinannya yang tidak direstui ibu mentua dek jarak umur yang terlalu jauh dengan isteri.

Penyanyi itu dilaporkan akan menerima perintah reman bermula hari ini

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas