Connect with us

Oh! Media

“Puan Nabila Mungkin Terlebih Matang Bila Tuntutan Tutup Aurat Masih Lagi Gagal” – PU Syed

Trending

“Puan Nabila Mungkin Terlebih Matang Bila Tuntutan Tutup Aurat Masih Lagi Gagal” – PU Syed

Pelakon terkenal, Nabila Huda berpendapat banyak isu lagi yang boleh diberi perhatian selain daripada mendesak pembatalan konsert artis antarabangsa.

ADVERTISEMENT

BACA: PU Syed Ajak Berhimpun Bantah Konsert Blackpink Di Kuala Lumpur

Menerusi satu hantaran di Twitter, anak kepada penyanyi Amy Search ini seolah-olah tidak percaya ada yang ingin mengadakan protes jika konsert tidak dibatalkan.

Tidak matang?

Terbaru, penceramah bebas PU Syed menjawab tanggapan Nabila bahawa pihak yang mencegah kemungkaran adalah tidak matang. Menurut PU Syed, kematangan seseorang terletak kepada kefahaman mereka mengenai perintah dan larangan Allah SWT.

Puan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah SWT untuk menutup aurat masih lagi gagal untuk dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata.

Katanya lagi, hidup di dunia ini bukan lakonan. Hidup adalah satu ketetapan daripada Allah SWT dan ada perintah yang perlu dilaksanakan.

Sebab itulah PU Syed tegas menentang kemungkaran yang berlaku dalam negara kita ini. Beliau tidak mahu ianya menjadi punca kepada maksiat.

Muhasabah diri Puan Nabila. Jangan meludah ke langit takut terpercik ke muka sendiri.

Jelasnya, tentangan yang dilakukan ini bukannya bermaksud tidak matang tetapi beliau matang dalam menilai sesuatu perkara sama ada baik atau buruk.

Penjelasan penuh PU Syed

Kredit: Twitter Nabila Huda | Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas