
Trending
PU Syed Tegur Syafie Naswip Bawa Watak Wanita
Pendakwah bebas, PU Syed lantang bersuara menegur pelakon terkenal Syafie Naswip yang didakwa membawa watak wanita dalam lakonannya.
Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau menegaskan bahawa berpakaian dan berlakon seperti wanita adalah haram, walaupun atas alasan seni atau hanya sekadar lakonan.
Memakai pakaian wanita, melakonkan watak wanita atau bergaya macam perempuan. Walaupun lakonan, ia tetap haram dan berdosa.
Islam larang lelaki menyerupai wanita
Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, Islam sangat menekankan batas jantina, dan perbuatan menyerupai wanita bagi seorang lelaki adalah jelas dilarang dalam syariat.

Islam menegah perkara ini, bahkan Nabi Muhammad SAW melaknat perbuatan menyerupai jantina lain.
Gaya sebegitu tidak dibenarkan syarak, tak kisah walau hanya dalam bentuk lakonan.
Harap Syafie cari watak lebih selamat

PU Syed turut berharap agar Syafie dapat mengambil teguran itu secara positif dan memilih watak-watak yang lebih selamat dan sesuai dengan ajaran Islam.
Kamu ada bakat, ada peminat. Jangan teruskan lakonan ini. Carilah watak yang lebih segar dan patuh syariat.
Saya tak nak ia jadi punca orang lain terikut sama atau mengangkat golongan ini sebagai ikutan.
Pssttt! Bakat dan seni memang anugerah, tapi perlu disalurkan dengan bijak dan bertanggungjawab. Jangan sampai lakonan jadi punca fitnah atau menjerumuskan diri dalam perkara dilarang agama.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
