Connect with us

Oh! Media

PTD Didakwa Terlibat Aktiviti Sauna Di Chow Kit Diarahkan Letak Jawatan Serta Merta

Ohmedia ambush Chow Kit

Trending

PTD Didakwa Terlibat Aktiviti Sauna Di Chow Kit Diarahkan Letak Jawatan Serta Merta

KPT tegaskan tiada siapa terkecuali dari tindakan undang-undang.

Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang berkhidmat di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berdepan tindakan drastik selepas ditahan pihak polis baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud mengesahkan pegawai itu diarahkan meletakkan jawatan serta-merta sebagai langkah menjaga integriti perkhidmatan awam.

BACA: 171 Lelaki Di Spa Chow Kit Dibebaskan, Ini Punca Sebenar Kenapa Mahkamah Tolak Permohonan Reman

IKLAN

Tiada siapa terkecuali daripada undang-undang

Selain itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut mengambil tindakan awal dengan memulakan siasatan dalaman melalui Unit Integriti mengikut ketetapan peraturan perkhidmatan.

Ptd

KPT turut menegaskan bahawa semua pihak tertakluk kepada undang-undang dan proses tatakelola tanpa pengecualian.

Sebarang tindakan lanjut hanya akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama pihak berkuasa.

Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan.

Terdahulu, seramai 171 lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa di Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, 17 penjawat awam antara yang ‘kantoi’ disyaki melakukan aktiviti songsang sesama jenis.

Pssttt! Isu ini memberi peringatan bahawa kedudukan dalam kerajaan tidak bermakna seseorang terkecuali daripada undang-undang. Integriti bukan hanya tanggungjawab jabatan, tetapi individu yang memegang amanah. Semoga siasatan selesai dengan telus dan menjadi pengajaran kepada semua.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas