Connect with us

Oh! Media

Dulu Asnaf Tapi Sekarang Jadi Pemilik Spa Berjaya

Ohmedia edda spa=perak

Oh! Inspirasi

Dulu Asnaf Tapi Sekarang Jadi Pemilik Spa Berjaya

Asalnya, Kak Edda atau Roslida Muhamad, 53, hanya menjual jamu secara kecil-kecilan. Namun, beliau kini memajukan diri dengan membuka Edda Confinement & Mobile Spa di Kampung Tawas dan sebuah lagi cawangan di UTC Perak.

Spa mini Kak Edda menawarkan perkhidmatan seperti mandi lulur, bertangas, refleksologi, dan penjagaan ibu dalam pantang serta warga emas.

MAIPk dan STeP sokong perniagaan Kak Edda…

Untuk memperkasa perniagaannya, Kak Edda menyertai kursus refleksologi anjuran MAIPk dan mendapat bantuan dana RM9,500 dari MAIPk serta RM5,000 dari STeP. Beliau menggunakan dana ini untuk membaik pulih spa dan membeli peralatan yang diperlukan.

IKLAN

Alhamdulillah, bantuan ini memberi peluang untuk saya memperkembangkan perniagaan dan menyumbang pada ekonomi keluarga.- Jelas Kak Edda.

Pendapatan meningkat, harga mampu milik…

Image
Kredit gambar MalaysiaGazette

Kak Edda kini mampu menjana RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, menawarkan perkhidmatan spa mampu milik. Malah, beliau kerap membuat promosi bulanan seperti pakej RM99 untuk sauna dan urutan.

Impian besar Kak Edda…

Image
Kredit gambar MalaysiaGazette

Kak Edda berhasrat memperbesar spa dan menghasilkan produk seperti balm atau minyak untuk digunakan dalam perkhidmatannya. Beliau juga berterima kasih kepada pihak-pihak yang membantunya.

Bantuan ini bukan sekadar mengurangkan beban, malah membakar semangat saya untuk maju.- Tambahnya.

#OhmediaNasihat

Kisah Kak Edda membuktikan bahawa keazaman dan kesungguhan mampu mengubah kehidupan. Terus berusaha, dan percayalah setiap bantuan dan peluang akan membuahkan hasil jika dimanfaatkan dengan baik!

Ohmedia edda spa=perak

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: MalaysiaGazette


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas