Connect with us

Oh! Media

Positif Wabak, Wani Comel Meninggal Dunia Hari Yang Sama Dengan Sahabat Baik

Trending

Positif Wabak, Wani Comel Meninggal Dunia Hari Yang Sama Dengan Sahabat Baik

Wanita yang pernah tular di media sosial sebelum ini, Nurul Airawani Nazira atau lebih dikenali sebagai Wani Comel dilaporkan meninggal dunia semalam kerana jangkitan wabak.

ADVERTISEMENT

BACA: “Benda Dah Lama Kenapa Baru Nak Cerita? Awak Nak Saman Saya?” – Aliff Syukri

Berita duka itu dimaklumkan waris terdekat Wani menerusi beberapa entri di Instagram. Difahamkan, wanita ini kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam bertarikh 18 Ogos 2021.

Wani pergi pada hari yang sama dengan rakan baiknya, Putri Nur Rabiatul Nabihah yang turut positif wabak. Mereka berdua sangat akrab sehinggakan mengharungi sakit bersama-sama.

wani comel
wani comel

Meninjau ke ruangan Instagram, pelakon Zarina Anjoulie turut meninggalkan ucapan takziah di atas pemergian itu. Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju menyifatkan kedua-duanya adalah insan yang baik hati dan berbudi bahasa.

Terdahulu, allahyarhamah Wani Comel baru sahaja kehilangan abang kandung pada 24 Julai akibat serangan sakit jantung di tempat kerja. Dalam hantaran itu, Wani mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu keluarganya dalam urusan pengebumian arwah.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Nurul Airawani Nazira dan Putri Nur Rabiatul Nabihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kredit: Zarina Anjoulie | Wanicomel20

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas