Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan Pengetua Pusat Asuhan Warga Asing Dera Kanak-Kanak Autisme

dera

Trending

Polis Tahan Pengetua Pusat Asuhan Warga Asing Dera Kanak-Kanak Autisme

Sebelum ini kami ada kongsikan tentang kes dera melibatkan seorang kanak-kanak autisme di sebuah pusat asuhan. Kejadian itu dikongsikan bapa kepada kanak-kanak terbabit di Facebook yang amat kecewa dan marah dengan apa yang berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Bapa Kesal Pengetua Pusat Asuhan Kasari Anak Autistik Hingga Cedera

Terkini, pihak polis telah memanggil lima saksi bagi membantu siasatan selepas laporan dilakukan bapa terbabit. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan dua orang saksi telah selesai membuat rakaman keterangan dan menanti tiga saksi lagi.

Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Berdasarkan kenyataan polis, guru yang juga pengetua kepada pusat asuhan itu adalah warga asing dan telahpun ditahan di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Sabtu lepas.

Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu pada jam 12.45 tengah hari Jumaat lalu ketika mengambil mangsa dan ternampak kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua mata anaknya.

Seorang guru di situ memaklumkan kesan kemerahan pada tepi dahi kiri mangsa itu didakwa berlaku akibat tindakan mangsa menghantukkan kepala pada meja atas alasan tidak mahu makan

Bapa mangsa yang berasa curiga tidak berpuas hati dan segala yang terbongkar selepas melihat semula rakaman kamera CCTV. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Imigresen 1952.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas