Trending
Polis Tahan Pemandu Lori Mengundur, Rupanya Sedang Isi Minyak Brek
Tular di media sosial rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah lori yang berada dalam kawasan pembinaan tiba-tiba bergerak secara mengundur.
Kejadian yang berlaku pada pagi Sabtu di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur itu menyebabkan seorang pemandu motosikal maut dan mencederakan pemandu kereta.
Nak isi minyak brek, tiba-tiba lori mengundur dengan sendiri

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian pada jam 8.34 pagi.
Pemandu lori iaitu lelaki berusia 32 tahun berada di dalam kawasan tapak pembinaan bersama lori dipandunya untuk mengisi minyak brek.
Namun, semasa proses tersebut, lori itu secara tiba-tiba mengundur sendiri, merempuh pagar keselamatan, dan memasuki jalan utama.
Lori itu kemudiannya melanggar motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang seorang lelaki, juga berusia 32 tahun.
Penunggang motosikal maut

Mangsa terjatuh dan terperosok di tayar belakang sebelah kanan lori itu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Selain motosikal ditunggang mangsa, lori yang hilang kawalan itu turut melanggar sebuah kereta Honda Jazz di laluan bersebelahan, menyebabkan pemandunya mengalami kecederaan di bahagian dahi.
Beliau mengesahkan, pemandu lori sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM