Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan Dua Lelaki Dalam Video ‘Asmara’ Di Kereta, Rupa-Rupanya Baru Dua Minggu Kenal

Ohmedia alza Viral

Trending

Polis Tahan Dua Lelaki Dalam Video ‘Asmara’ Di Kereta, Rupa-Rupanya Baru Dua Minggu Kenal

Dua lelaki ditahan selepas video tidak senonoh dalam kereta tular, polis siasat penyebar rakaman dan dakwaan palsu kaitkan imam masjid.

Kecoh di media sosial baru-baru ini video memaparkan dua orang lelaki dalam kereta Perodua Alza melakukan aksi tidak senonoh.

Kejadian itu dilaporkan berlaku berhampiran sebuah dewan di Batu Kikir, dekat Jempol Negeri Sembilan.

Seorang penjawat awam, pelajar IPT ditahan polis

Alza

Terbaru, Harian Metro melaporkan, dua individu tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, dua lelaki tersebut berusia 19 dan 36 tahun.

IKLAN

Lelaki berusia 36 tahun merupakan penjawat awam manakala lelaki berusia 19 tahun merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Polis Kontinjen Negeri Sembilan menjalankan siasatan terhadap dua laporan polis yang diterima berhubung penularan video di media sosial berkaitan kelakuan tidak senonoh dua individu dalam sebuah kenderaan. Hasil siasatan, polis mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Bahau. Tangkapan dibuat ke atas dua lelaki pada semalam dan hari ini

Dalam kenyataan berasingan, Datuk Alzafny turut menjelaskan bahawa pihaknya sedang menyiasat penyebaran berita palsu yang mengaitkan kes ini dengan seorang imam masjid di daerah Seremban.

Baru kenal dua minggu, jumpa kali pertama

Alza

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar dalam laporan mStar memaklumkan kedua-duanya sudah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Norhisham turut mendedahkan bahawa kedua-dua lelaki itu baru sahaja berkenalan menerusi satu aplikasi media sosial kira-kira dua minggu lalu sebelum bertemu buat kali pertama.

Siasatan telah selesai dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan.

Dalam masa sama, pemandu lori berusia 39 tahun yang menularkan rakaman video berkenaan turut disiasat di Seremban di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Pssttt! Kesian Imam Masjid pula dikaitkan di atas kesalahan orang lain. Apa-apa pun semoga pelaku mendapat hukuman setimpal dan insaf.

Kredit: Harian Metro | mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
arini
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas