Connect with us

Oh! Media

Polis Sahkan Kerja-Kerja Korek Tanah Berlaku Sebelum Kejadian Paip Gas Meletup!

Paip gas putra heights

Trending

Polis Sahkan Kerja-Kerja Korek Tanah Berlaku Sebelum Kejadian Paip Gas Meletup!

Polis mengesahkan bahawa terdapat kerja-kerja pengorekan tanah sebelum insiden letupan besar dan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 1 April lepas yang telah mencederakan 125 orang, termasuk seorang yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut laporan Kosmo, kerja tersebut dilakukan untuk menggantikan paip kumbahan kira-kira 30 meter dari pusat letupan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

IKLAN

Siasatan polis mengesahkan terdapat satu aktiviti korek tanah berlaku sebelum kejadian… salah satu jentera turut terbenam dalam lubang.

Letupan paip gas ubah landskap kawasan

Paip gas meletup

Letupan yang menggegarkan kawasan itu menyebabkan lubang sedalam 8 meter dan selebar 70 meter, serta mencetuskan api berbentuk ‘cendawan’.

Sebanyak 235 premis termasuk rumah dan kedai terjejas, 87 unit musnah sepenuhnya manakala 225 kenderaan rosak. Seramai 118 keluarga melibatkan 529 penduduk turut terjejas secara langsung.

56 saksi dirakam keterangan

Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan 56 individu, termasuk kontraktor, pekerja, dan saksi kejadian. Seorang pengawal keselamatan yang menjadi saksi utama turut dirawat akibat kecederaan.

Polis turut menyiasat dari aspek kemungkinan unsur jenayah, kecuaian dan khianat, di samping menunggu laporan penuh dari JKR dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Kawasan kejadian paip gas meletup belum stabil, siasatan diteruskan

Pasukan penyiasat memerlukan masa untuk menstabilkan kawasan sebelum siasatan lebih menyeluruh dapat dilakukan. Buat masa ini, tiada mayat ditemui selepas pemeriksaan dengan bantuan anjing pengesan di kawasan rumah dan Sungai Klang yang berdekatan.

Letupan memberikan impak besar hingga menyebabkan landskap kawasan berubah dan tidak stabil.

#ApaKataOhmedia

Apa pun alasan, keselamatan awam harus jadi keutamaan. Kontraktor dan pihak bertanggungjawab perlu pastikan kerja-kerja pengorekan tidak mengancam nyawa orang ramai. Jangan ambil mudah bila libatkan infrastruktur berisiko tinggi!

Paip gas putra heights

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas