Connect with us

Oh! Media

Polis Panggil Ahli FCCM Beri Keterangan

fccm

Trending

Polis Panggil Ahli FCCM Beri Keterangan

Tular di media sosial, video ahli kelab kereta FCCM-FC Club Malaysia yang berhentikan kereta di lorong kecemasan di lebuh raya Temiang-Pantai mendapat kecaman hebat daripada para netizen.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Lori Tangki Tanpa Bersalah Guna Lorong Kecemasan Serah Diri

Menerusi laporan Berita Harian, pihak polis difahamkan akan memanggil ahli-ahli kelab dalam masa terdekat untuk diambil keterangan.

Hentikan kereta untuk bergambar

Tindakan itu dibuat oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman selepas pihak polis mengenal pasti hantaran yang dimuat naik di Facebook FCCM-FC Club Malaysia.

Difahamkan, mereka hentikan kereta di lorong tersebut untuk bergambar di lebuh raya itu pada jam 6.30 petang, Sabtu lalu.

Kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita sudah kenal pasti kira-kira 48 kereta setakat ini. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu adalah satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Hukuman denda juga boleh dikenakan sebanyak maksimum RM2,000 atau penjara tak lebih enam bulan.

Buat tempat khas untuk bergambar

Menurut Mohd Fazley, perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa akan dilakukan untuk menyelaraskan tindakan lanjut terhadap kes tersebut.

Beliau juga mencadangkan untuk menyediakan tempat khas buat orang ramai bergambar di kawasan tersebut.

Lebuh raya Temiang-Pantai adalah lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit tetapi tindakan mengambil gambar seperti yang tular itu boleh mengundang bahaya.

Aktiviti lepak santai yang dilakukan oleh pemandu-pemandu tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana mereka telah membahayakan pemandu lain dan menyusahkan pelbagai pihak. Harap mereka akan dikenakan tindakan yang sepatutnya agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas