Connect with us

Oh! Media

Polis Mohon Bantuan Orang Awam Untuk Kesan Remaja 14 Tahun Yang Dilaporkan Hilang

Ohmedia img 5527

Trending

Polis Mohon Bantuan Orang Awam Untuk Kesan Remaja 14 Tahun Yang Dilaporkan Hilang

Seorang remaja berusia 14 tahun, Alief Daniel Ghazally dilaporkan hilang dari kediamannya di Jalan PJS 2C, Petaling Jaya semalam. Laporan polis sudah dibuat oleh keluarga remaja itu jam 1.15 pagi tadi.

Oleh yang demikian, PDRM meminta bantuan awam untuk mengesan remaja tersebut yang kali terakhir berada di rumahnya di No. 50, Jalan PJS 2C, Petaling Jaya, kira-kira jam 11.50 pagi semalam.

Orang hilang berambut hitam dengan potongan rambut ala askar dan berhidung mancung sederhana lebar.

Mangsa kali terakhir dilhat memakai pakaian baju sukan sekolah warna merah bertulis ‘MARS’ di bahagian belakang dengan lencana dan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Medan di sebelah kiri bahagian depan.” – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar.

Justeru itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

IKLAN
Ohmedia img 5527

Jap!


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas