Connect with us

Oh! Media

zayn rayyan

Trending

Polis Dedah Ada Percanggahan Keterangan Ibu, Bapa Dan Saksi Kes Bunuh Zayn Rayyan 

Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme mati dibunuh iaitu Zayn Rayyan disambung reman selama enam hari lagi untuk membantu siasatan.

BACA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Dalam Keadaan Tertekan, Tegaskan Pembunuh Masih Ada Di Luar

IKLAN

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam laporan Harian Metro berkata, siasatan mendapati terdapat percanggahan dalam keterangan ibu, bapa dan saksi-saksi lain.

Ada perkara yang perlu kita perlu semak dan ada perkara yang tidak seiring dengan siasatan jadi kita sambung reman semalam enam hari yang kita akan guna untuk lengkapkan kertas siasatan.

Kata beliau, percanggahan keterangan bukan dari ibu bapa je tetapi daripada saksi lain juga.

ketua polis negara

Namun, beliau tidak boleh menjelaskan secara terperinci percanggahan apa kerana masih dalam siasatan.

Setakat ini, bekas pengasuh dan dua ahli keluarga pengasuh sudah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Kemungkinan saksi lain akan dipanggil bergantung kepada keperluan dan dapatan siasatan yang sedang dilakukan.

zayn rayyan

Jelas beliau lagi, selepas semua aspek siasatan lengkap dan percanggahan keterangan selesai disemak, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Mungkin ada lagi tindakan membabitkan orang lain atau benda lain yang tidak membabitkan ibu bapa, ini kita perlu lengkapkan.

Jadi bergantung kepada outcome (dapatan) siasatan ini lah sama ada cukup enam hari (boleh selesai) atau perlukan masa lagi (lengkapkan siasatan).

Beliau memohon orang ramai memberi ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Buat masa ini, beliau merasakan tidak wajar jika mahu berkongsi secara terperinci mengenai siasatan yang sedang berjalan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas