Connect with us

Oh! Media

Dituduh Curi Speaker Jadi Punca Lelaki Dicekik Sampai Mati Ketika Sedang Minum Di Warung

maut dicekik

Trending

Dituduh Curi Speaker Jadi Punca Lelaki Dicekik Sampai Mati Ketika Sedang Minum Di Warung

Bila hilang pertimbangan, inilah yang akan berlaku. Berita Harian sebentar tadi melaporkan seorang lelaki maut akibat dicekik dalam satu pergaduhan. Kejadian itu berlaku di hadapan warung pasar pagi di Flat Ashby Road, Ipoh Perak.

ADVERTISEMENT

Mangsa Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Berlaku pertengkaran mulut sebelum dicekik dari arah belakang

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita pada jam 9.50 pagi.

Hasil soal siasat bersama saksi kejadian, kira-kira jam 7 pagi ada seorang lelaki dengan kereta jenis Perodua Kenari mencari mangsa.

Seorang lelaki maut disyaki dicekik dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road di sini, pagi tadi. - Foto NSTP/Balqis Jazimah Zahari
Kredit: Berita Harian

Mangsa kemudian datang berjalan kaki ke warung berkenaan pada jam 9 pagi. Dia memesan air dan duduk di bawah khemah berhadapan kedai tersebut.

Setengah jam kemudian, seorang lelaki datang bersama bapa saudaranya untuk berjumpa dengan mangsa dan berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.

Selepas itu datang pula seorang lelaki lain dari arah belakang memegang dan mencekek leher mangsa. Seorang lagi suspek duduk di atas badan mangsa dalam keadaan tertiarap.

Suspek mencekik mangsa selama hampir 15 minit, sebelum melepaskan mangsa yang selepas itu sudah tidak lagi bergerak. Polis turut merampas pisau lipat milik mangsa di lokasi kejadian.

Bergaduh sebab pembesar suara hilang?

Pihak polis berjaya menahan 3 orang suspek lelaki berusia 34, 47 dan 60 tahun di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Punca kejadian dikatakan mangsa mencuri pembesar suara mudah alih di warung milik seorang daripada suspek yang ditahan. Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati luka kecil di dahi kanan dan di tangan kiri. Mayat kemudian dihantar Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas