Trending
Polis Berjaya Kawal Kesesakan Di Program Movac Penang
Apa sudah jadi dengan Penang? Ini apabila viral gambar menunjukkan pelanggaran SOP di Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movac). Pemberian vaksin ini melibatkan penjaja negeri itu dan ia dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi.
BACA: Tular Kesesakan Di PPV, PDRM Ambil Tindakan Segera
Walaupun negeri itu sudah memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), pematuhan SOP tetap harus diutamakan. Sebaliknya berlaku apabila orang ramai tidak menjaga jarak fizikal dan berlaku kesesakan luar kawalan.
Beberapa tindakan diambil supaya penjaja dapat beratur dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan patuh kepada SOP ditetapkan.
Kami dimaklumkan program ini akan berlangsung sehingga esok dan menasihati penjaja supaya merancang terlebih dahulu supaya dapat mengelak kesesakan. – Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.
Diharapkan perkara seperti di Movac ini tidak berlaku lagi kerana ia boleh menyebabkan penyebaran wabak. Penerima vaksin yang datang ke PPV sepatutnya sudah mengetahui apa yang patut dilakukan dan patut arahan petugas di sana.
Dalam pada itu, pihak polis juga meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar kejadian seperti ini kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM