Connect with us

Oh! Media

Polis Akan Siasat Individu Rakam Anggota Polis Pantau SOP Di Masjid

masjid

Trending

Polis Akan Siasat Individu Rakam Anggota Polis Pantau SOP Di Masjid

Sekarang tengah kecoh tentang rakaman video yang tersebar menunjukkan anggota polis bertugas memantau SOP solat Jumaat. Kejadian itu dipercayai dirakam di Batu 14, Puchong dan ia menimbulkan pertikaian umat Islam di negara kita.

ADVERTISEMENT

BACA: Tersebar Dakwaan Tidak Lengkap ‘Booster’ Tidak Boleh Masuk Masjid, “Dah Macam Syarat Sah Solat Pulak”

Disebabkan video itu juga, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan.

Video berdurasi 29 saat itu ditulis dengan kapsyen “Masuk Masjid Macam Pengganas Besar, Allah”.

Hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 petang ketika anggota berpangkat Koperal terbabit menjalankan rutin pemantauan solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

Anggota itu menerangkan SOP terbaharu bagi Selangor yang mana jemaah berhasrat menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 serta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyem 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas